HKA Fitness centre Shah Alam

Alamat:  1, Jalan Keluli Am7/Am, Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Gym ni terletak di tingkat dua  di Shah Alam. Bawah gym ni ada workshop kereta. Gym ni dekat corner lot dan dekat dengan iCity. No lift, just stairs. Gym ni tak la besar sangat. Macam rumah kedai biasa je. Tapi equipment dia lengkap untuk basic workout. Dumbbell dia pon sampai 50KG kalau tak silap. Ok, lets talk about the pros and cons pasal gym ni.

 Pro’s:
1. Murah per entry. Cuma Rm5 je
2. Tempat parking luas.
3. basic equipment lengkap
4. Ada shower and tandas
5. Ada bilik solat
6. Kipas yang banyak
7. kalau nak main kaki, this is the place. Machine kaki banyak.

Con’s:
1. Tak ada lift. Walaupon nak pergi gym, kena leg day memang menangis nak turun.
2. Agak kotor dan berhabuk tempat ni. Kipas dia nauzubillah, macam tak pernah basuh.
3. Tempat kecik and machine banyak. Kalau malam confirm crowded and jalan berselisih
4. Budak yang jaga counter tu macam nak tak nak je kerje. Selalu aku tgk dok main hp je.
5. Tak ada sign board dekat pintu masuk bawah tu. Kalau orang tak tau memang melilau cari jalan masuk.
6. Cardio machine tak banyak. Ada 3 treadmill and 2 cycling machine sahaja.
Overall this gym okay and selesa untuk workout bila waktu pagi dan petang, sebelum orang balik kerja. Elakkan datang waktu malam. Kebanyakan customer budak budak University. Bagi aku semua dah okay dah cuma cleanliness dia teruk sangat. Berhabuk kipas dan cermin. Aku bagi 3.5/5 star sahaja.
photo-03-02-2017-5-37-45-pmphoto-03-02-2017-5-37-52-pmphoto-03-02-2017-5-40-42-pmphoto-03-02-2017-5-41-32-pmphoto-03-02-2017-5-41-48-pmphoto-03-02-2017-5-41-58-pmphoto-03-02-2017-5-46-20-pmphoto-03-02-2017-5-46-30-pmphoto-03-02-2017-5-46-33-pmphoto-03-02-2017-5-46-49-pmphoto-03-02-2017-5-52-26-pmphoto-03-02-2017-5-52-54-pmphoto-03-02-2017-5-54-05-pmphoto-03-02-2017-5-57-13-pmphoto-03-02-2017-5-57-50-pmphoto-03-02-2017-5-57-58-pmphoto-03-02-2017-5-58-45-pm

Pain & Gain Fitness Section 9

Hari ni nak buat review untuk gym Pain & Gain Fitness dekat section 9. Since dah quit Fitness First sebulan yang lalu, the only option yang aku ada ialah pergi dekat gym yang boleh bayar pay per entry. Berlambak dekat klang valley ni. But aku nak buat review satu satu.

Gym Pain & Gain fitness ni tak silap ada dua. Satu di section 9 dan satu lagi di section 13. Kalau tak silap aku la. Aku dah pergi dua-dua but ambil gambar di section 9 ja. Gym ni nak cari senang je. Korang boleh waze and dekat dengan petrol station Shell section 9. Gym ni dua tingkat. Tingkat satu untuk treadmill, cycling and ada few machines. Tingkat dua ada dumbell, barbell and all the machines. Yang best nya pasal gym ni aku tengok sebab ramai body builder yang datang sini. Mostly yang datang agak familiar muka diaorag sebab aku usha instagram tegaptv. Ramai yang masuk badan cantik. Tak pernah nampak lagi la badan sebesar Sazali Samad but maybe aku pon jarang pergi sini, tu yang tak perasan kot.

Gym ni dibuka dari Isnin hingga Ahad dari pukul 8pagi sampai pukul 12 tengah malam kecuali hari Jumaat dibuka pada pukul 3 petang. Bayaran masuk untuk walk in sebelum pukul 4 petang adalah RM5 and selepas pulul 4 petang RM10. Kalau nak jadi member pon boleh gak. Korang tengok je lah gambar yang aku dah tangkap tu. Payah nak explain. Sekarang ni aku nak cerita pasal pro’s and con’s pasal gym ni.

Pros:

  1. Gym agak besar. Ada dua tingkat.
  2. nak hempas dumbell kuat-kuat pon diaorang tak kesah sebab ni hardcore gym
  3. ada bilik mandi
  4. kipas siling ada banyak.
  5. lebih kepada open air concept
  6. penempatan machines and dumbell yang tidak berselerak. Senang nak jalan
  7. Ada locker untuk guest tapi kena bawak kunci sendiri
  8. all the basic equipment semua ada.
  9. squat rack ada
  10. ada bilik and locker untuk perempuan
  11. tempat bergusti tangan (aku tak tau panggil apa benda ni)
  12. crowd yang awesome.
  13. machines well taken care of. bagus maintenance dia.

Cons:

  1. tak ada water dispenser. Kena beli air sendiri kat counter.
  2. bilik persalinan yang panas. Aku mandi kat situ sekali and bila keluar nak pakai baju, berpeluh balik. But it depends kat orang sebab aku jenis kuat berpeluh.
  3. Treadmill ada 3 je. Cycling machine ada banyak.
  4. Cermin untuk cable fly machine tak ada. Patut letak satu cermin besar kat situ
  5. Terlalu banyak ruang kosong. kalau invest sikit lagi untuk equipment memang dah cantik dah.

Overall, aku rate gym ni 4 out of 5. Memang best workout kat sini especially bila tak ada orang. Rasa besar giler tempat ni. And kepada yang perempuan tu, don’t worry sebab sini pon ramai perempuan yang datang. Selebihnya korang judge sendiri dengan gambar gambar yang tak seberapa aku tangkap ni.

photo-23-12-2016-9-14-22-pmphoto-23-12-2016-9-15-07-pmphoto-23-12-2016-9-19-05-pmphoto-23-12-2016-9-19-12-pmphoto-23-12-2016-9-19-20-pmphoto-23-12-2016-11-00-31-pmphoto-23-12-2016-11-00-35-pmphoto-23-12-2016-11-01-37-pmphoto-23-12-2016-11-04-33-pmphoto-23-12-2016-11-04-41-pmphoto-23-12-2016-11-04-45-pmphoto-23-12-2016-11-07-50-pmphoto-23-12-2016-11-08-28-pmphoto-23-12-2016-11-16-38-pmphoto-23-12-2016-11-16-45-pm

Naikkan berat badan

time berat 42kg. Macam penagih dadah

Berat 67Kg at the moment

Assalamualaikum,
ramai yang tanya macam mana nak naikkan berat badan. So today nak bercerita sikit macam mana aku naikkan berat badan.

Basically benda ni dah aku ceritakan dah kat blog kevin zahri. Kalau rajin usha usha la kat website dia ye. Anyway, dari kecik sampai la umur aku naik ke 20-an memang kurus je. Seingat aku berat dah stagnant masa umur 17 tahun. Berat mesti dalam 49-50kg. Tak pernah naik and tak pernah turun. The lowest aku pernah dapat ialah 42kg. Time tu memang ada masalah kerja and asyik clubbing je. Tidur pon tak cukup. Masa timbang and perasan berat 42kg tu lah masa tu nak amik drastic action. Bukan tak pernah nak naikkan sebelum ni tapi semua hampa.

Ok, so masa mula mula nak naikkan berat tu, makan memang macam lembu. Aku akan makan 7-9 kali sehari. Start makan pukul 4pagi. Memang time tu azam kuat nak naikkan berat sampai sanggup bangun awal pagi. Rebus telur separuh masak dalam 4 biji and then telan ja. Kalau malas, aku makan mentah je telur tu. Pada yang tak suka atau tak boleh makan telur separuh masak, cuba start dengan sebiji dulu. Aku pon macam tu gak dulu. Step by step. Then pukul 6 pagi makan instant oat. Prepare dalam 5 minit je and makan sebelum pergi kerja. Sampai tempat kerja dalam pukul 7:30, beli makanan di kantin. Selalu beli nasi lemak and makan sekali lagi. Pukul 9:30 tempat kerja aku ada break. So aku pergi kantin lagi and beli kuih muih. Makan dalam 3 ketul pon jadi la kan.

Kalau korang tengok aku dah sumbat banyak masa pagi kan. Time lunch masa awal awal dulu, memang dah kenyang giler sebab aku tak biasa makan banyak kali. But demi nak naikkan berat badan gak, aku makan gak time lunch. Memang mula mula tu akan sentiasa nak muntah. Perut dah tak boleh sumbat tapi aku sumbat gak. Tahan dari muntah. Kalau nasi dalam pinggan tu aku amik penuh, at least aku kena habiskan separuh. Lauk aku akan amik ayam/daging plus sayur.

Then pukul 3:30 ada tea break pulak. Masa tea break ni aku akan makan kuih kuih gak. Balik kerja dalam kol 5:30pm, aku akan singgah petrol station dan beli coklet snicker tu. Calories coklet tu tinggi gak. Sebab tu aku makan benda tu setiap kali balik kerja. Masa dinner makan seperti lunch. Makan nasi gak. Then supper aku akan amik yang tak berat such as oat or nestum. Kalau ikutkan memang aku makan macam aku ada bela saka je tapi believe me, korang memang akan sengsara sebulan dua sebab body tak used to the new routine but after that, memang korang akan terasa lapar. Aku rasa dalam 3 bulan kot aku time lunch rasa nak muntah tapi lepas tu, dalam kol 12 tghari je, perut aku dah mintak makanan sebab lapar. See, you guys have to put an effort and determination untuk gain weight. Ada yang cakap makan tidursenang  naik tapi aku dah cuba dah. Memang tak naik gak sebab metabolism aku tinggi. Cuma aku sarankan masa nak naikkan berat badan ni, korang kena hit gym 3-4 kali seminggu sebab tak nak lemak yang naik. Lemak dah la susah nak buang dalam badan. Try go for weight lifting. Tak payah join gym mahal mahal. Join gym RM5 je dah cukup.

Anyway, kalau korang ada duit lebih, boleh la invest untuk mass gainer. Di bawah ni aku senaraikan mass gainer yang aku pernah try.

img_3392
True Mass: Mass gainer ni paling sedap. Semua flavor aku dah try and semua sedap giler. Sampai satu tahap aku rasa aku tak sabar nak minum benda ni. Cuma BSN brand ni agak mahal. Calories tak banyak and bertahan seminggu lebih je.

Dymatize: brand yang ok. Rasa pon okay and harga kira murah gak.

yang ni pon harga okay. taste dia bagi aku ok gak la. still acceptable

kalau ada kekangan duit, beli yang ni if korang tak kisah pasal taste sebab berbaloi dengan harga dia

Yang ni agak mahal tapi berbaloi. Rasa? Aku minum and lepas setengah jam aku muntah balik. terus bagi orang.

tapi berbaloi beli sebab before dia keluar new formula, aku boleh minum. after that, aku bau pon nak muntah

rasa memang sampah. minum memang akan tutup hidung sebab dia bau chemical. Tapi dia memang akan naik berat badan. Sanggup atau tak je ko minum benda ni.